world_businessmen

4 jenis manusia

Memang benarlah kata ramai orang yang telah berjaya bahawa di dalam dunia ini ada empat jenis manusia.

Jenis yang pertama adalah jenis manusia yang “wait things happen”. Dia menunggu dan berharap sesuatu akan berlaku yang akan merubah kehidupan mereka.

Jenis yang kedua adalah jenis manusia yang “watch things happen”, mereka hanya melihat-lihat orang lain melakukan sesuatu.

Jenis yang ketiga adalah jenis manusia yang “make things happen”. Mereka ini tidak mahu memilih untuk menunggu sahaja kejayaan datang kepada mereka. Mereka juga tidak mahu melihat sahaja orang lain berjaya. Tetapi mereka memilih untuk berusaha untuk mencapai kejayaan dan bertindak!

Tetapi janganlah jadi jenis yang keempat ini.

Jenis yang keempat ini adalah mereka yang “Don’t know what happen’’. Ini adalah satu golongan yang sangat malang dan dianggap pemalas. Tidak ada sikap perjuangan dlm diri.


4 Responses to “DAIRI CDM”


  1. Mei 7, 2009 at 1:53 am

    Sesiapa yang apabila diuji dia sabar, apabila diberi lalu bersyukur, dianiaya lalu memaafkan, berbuat aniaya (kepada dirinya) lalu beristigfar (bertaubat), mereka adalah orang-orang yang memperoleh keamanan dan petunjuk. (Riwayat Baihaqi melalui Samurah)

    1. Dalam hadis yang lain, “Pertolongan Allah datang dengan sabar”. Kalau kita bertindak dan tidak bersabar, maka tiadalah pertolongan Allah

    2. Dalam hadis yang lain, sesiapa tidak bersyukur (terima kasih) kepada manusia, dia juga tidak bersyukur kepada Allah. Allah yang membuka hati dia untuk tolong kita. Ucaplah terima kasih kepadanya.

    3. Hubungilah orang yang memutuskan hubungan dengan kamu. Jangan memusuhi orang yang bermusuh dengan kita. Maafkan orang yang menzalimi. Berikan kepada orang yang tidak pernah memberi kepada kamu. Sayyidina Umar tidak membalas tikaman orang yang menikamnya, sebaliknya menghalalkan darahnya yang tertumpah walaupun orang yang menikamnya ditangkap.

    4. Semua manusia ada dosa kecuali Nabi dan Rasul. Kalau kita melakukan dosa, istigfarlah. Istigfar boleh memadamkan amalan tidak baik yang ditulis Malaikat Kiraman Katibin .Malaikat dilupakan kejahatan yang kita buat. Dan diganti dengan pahala. Siapa yang bertaubat, Allah terima taubat dia. Taubat maknanya balik, kata orang tua-tua, sesat dihujung jalan balik ke pangkal jalan. Allah menyayangi kita, walaupun bergelumang dengan dosa, bila kita balik kepadanya, dia sangat gembira. Seperti gembiranya ibubapa yang anaknya balik setelah lama menghilang. Allah sayang dan manjakan manusia, tetapi sayangnya ada manusia menjadi pembantah yang nyata (khosimun mubin)

    An-Nahl [4] Dia menciptakan manusia dari air benih, (setelah sempurna kejadiannya), tiba-tiba menjadilah dia seorang pembantah yang terang jelas bantahannya.

    Yasin [77] Tidakkah manusia itu melihat dan mengetahui, bahawa Kami telah menciptakan dia dari (setitis) air benih? Dalam pada itu (setelah Kami sempurnakan kejadiannya dan tenaga kekuatannya) maka dengan tidak semena-mena menjadilah dia seorang pembantah yang terang jelas bantahannya (mengenai kekuasaan Kami menghidupkan semula orang-orang yang mati),

  2. Mei 7, 2009 at 2:17 am

    Orang berjaya tidak pernah putus asa. Sebaliknya orang yang mudah putus asa ialah orang yang tidak akan berjaya.

    Kesedihan dan kegembiran adalah di tangan sendiri dan bukannya di tangan orang lain.

    Musuh yang paling hebat di dunia ini ialah diri kita sendiri.

    Orang yang berfikiran positif akan melihat peluang dalam semua keadaan. Manakala orang yang berfikiran negatif akan berasa risau dalam segala keadaan yang baik.

    Orang yang cemerlang bukanlah kerana dia tidak pernah mengalami kegagalan tetapi disebabkan dia dapat berdiri lebih teguh selepas kegagalan.

    Manusia yang dihormati ialah orang yang sentiasa menghormati orang lain

  3. Jun 19, 2009 at 4:02 am

    Kisah ‘katak’

    Pada suatu hari ada sekumpulan katak-katak kecil yang berlumba-lumba. Tujuannya adalah mencapai puncak sebuah menara yang sangat tinggi.

    Penonton berkumpul bersama mengelilingi menara untuk menyaksikan perlumbaan dan memberikan semangat kepada para peserta.

    Perlumbaan pun dimulakan…

    Secara jujur, tak satupun penonton benar-benar percaya bahawa katak-katak kecil akan boleh berjaya mencapai puncak menara.

    Terdengar ada yang berkata, “Oh, jalannya terlalu susahhhhh!! Mereka TIDAK AKAN BOLEH sampai ke puncak.”

    Ada juga yang berkata, “Tidak ada kesempatan untuk berjaya…Menaranya terlalu tinggi…!!

    Katak-Katak kecil mulai berjatuhan. Satu persatu…

    … Kecuali mereka yang tetap bersemangat menaiki menara perlahan-lahan semakin tinggi…dan semakin tinggi..

    Penonton terus bersorak, “Terlalu susah!!! Tak seekor pun yang akan berjaya!!!”

    Lebih banyak lagi katak kecil penat dan menyerah. Tapi ada SATU yang tetap melangkah hingga semakin tinggi dan tinggi…Dia tak mahu menyerah kalah!

    Akhirnya yang lain telah menyerah untuk menaiki menara. Kecuali seekor katak kecil yang begitu berusaha keras dan menjadi satu-satunya yang BERJAYA sampai KE PUNCAK!

    SEMUA katak kecil yang lain ingin tahu bagaimana katak ini boleh melakukannya?

    Seekor peserta bertanya bagaimana cara katak yang berjaya itu mempunyai kekuatan untuk mencapai tujuan?

    Ternyata, Katak yang menjadi pemenang itu PEKAK!!!!

    Jangan sesekali mendengar kata orang lain yang mempunyai kecenderungan negatif ataupun pesimis…

    …kerana mereka akan mengambil sebahagian besar mimpimu dan menjauhkannya darimu.

    Selalulah fikirkan kata-kata bertuah yang ada. Kerana segala sesuatu yang kau dengar dan kau baca boleh mempengaruhi perilakumu!

    Kerana itu, Selalulah tetap….

    POSITIVE!

    Dan yang terpenting, bersikap PEKAK jika ada orang mengatakan bahawa KAMU tidak boleh mencapai cita-citamu!

    Selalulah berfikir…
    I can do this!

  4. Julai 11, 2009 at 3:25 am

    Aku minta KEKAYAAN agar aku bahagia,
    Namun Ia memberi KEKURANGAN agar aku bijaksana.

    Aku minta KUASA agar aku dipuja,
    Namun Ia memberi KELEMAHAN agar aku bergantung padaNya.

    Aku minta SEGALA NIKMAT agar aku dapat menikmati kehidupan,
    Namun Ia memberi KEHIDUPAN agar aku menikmati segalanya.

    Aku minta KESIHATAN agar aku MENGERJAKAN YANG LEBIH BESAR,
    Namun Ia memberi ANUGERAH agar aku MENGERJAKAN YANG LEBIH BAIK.

    KITA TIDAK SELALU MEMPEROLEHI APA YANG DI PIINTA,
    NAMUN DOA KITA SENTIASA DIJAWAB OLEHNYA





Disember 2016
M T W T F S S
« Aug    
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Blog Stats

  • 5,966 hits

Kategori

Komen Terbaru

Flickr Photos

Nittele Tower in black and white

Buachaille Etive Mor

A Painting from Florence

More Photos

%d bloggers like this: